Menghitung hari
Posted by
voice2...u
Labels:
aku berjalan...,
kawan2,
kijer-kijer,
sajer bercerita...
Wahh... dah mcm countdown nak merdeka plak... hahahatp itulah hakikat yg sebenarnya, dlm minggu-minggu terakhir n hari-hari sebelum aku meninggalkan tempat ni. mungkin 7 bulan aku berada disini bukan lah satu tempoh yg panjang n boleh dinilai dr segi kerja aku, tp sekurang-kurangnya aku memperoleh sedikit ilmu dlm kerjaya n tau camner hidup bekerja ni.
bangun seawal pg, pulang disenja kala... berdepan pelbagai karenah org, bos demand itu ini, meeting nak itu ini, gaya ofismate yang xmenentu... ada ok ada not bad... ada gak yg ala2 gedik. huhuhu... 1001 ragam manusia, biarpun staff kat sini xsampai 50 pun...
yang hampir pasti, impian aku utk menjadi seorang pendidik (peringkat ipt) mesti aku usahakan gak. Further master dah menjadi kewajipan tuk aku b4 apply tuk jd lecturer kat mana2 uni.
btw, last weekend ada Karnival Graduan & Keusahawanan anjuran KPT kat PWTC. aku berkesempatan pergi pada last day event ngan member aku, si Park Antz... haha nama dia betul Farhan... g kejab je sbb pening ar ramai sgt org... lagipun ktorg g bukan tuk cari kerja pun, saje nak menambah ramai kan org dlm dewan yg mmg sediada ramai tu... pusing2 kat booth..terutama booth yg offer testing makanan n minumam... itu mmg aku cari... best makan free walaupun skit, atlease blh rasa mcm2 makanan... hahaha
dlm perjalanan kluar dr dewan, aku lalu kat satu booth agensi kerajaan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran... tiba2 aku terpandang n terperasan sorang mamat yg aku rasa sgt familiar... ya mmg sah itulah budaknya...ROSMI... cosmate aku kat UiTM Dungun....
dah lama giler aku xjumpa mamat tu since abis diploma, terus lost contact but finally jumpa dia kat booth tu. Dia skrg kijer ngan SPP, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya... hebat tul walaupun diploma je... sempat dia terangkan aku camni tuk apply Pegawai Pengajian Tinggi (lecturer) kat kolej komuniti. aku pun bertukar2 no phone n email mamat tu... teringat plak aku kat Mr Show White & the 3 beggars. hahhaa
Ketika ni, aku n berapa member baik aku tgh freezekan xtvt kami dalam satu organisasi kerana ada masalah dalam. tp masalah tu masih dlm perhitungan dan penyelesaian lagi. hope blh selesai dlm minggu ni.
Back to ofis, skrg ni xder kijer skgt, biasa je2 relax.. masuk pagi .. tunggu lunch time..pastu kira detik nak balik umah... itu je la...
ujung bulan ni ada beberapa jemputan kenduri kahwin.. antaranya kawan aku, si Jumirah ... kat Raub Pahang pada 31 hb ni... plan nak g ramai ngan member2 mpp smua, konvoi dr KL. so far yg aku dimaklumkan, dh lebih 20 org yg confirm nak g... meriahnya... dah cam rombongan pengantin pulak. hahaha...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





Post a Comment